Urban Bash Sports bantu pembangunan sukan di peringkat komuniti

7 Februari 2016

Rembau, Negeri Sembilan

news-pilin2

Pengarah Urban Bash Sports, Fiqri Firdaus (kiri) menyampaikan barangan sukan sambil diperhatikan EXCO Pendidikan dan Kesihatan Negeri Sembilan, YB Dato Hj Shamsulkahar Hj Mohd Deli dalam satu majlis di SK Pilin, Rembau.

Urban Bash Sports Sdn Bhd telah diberi peluang untuk menabur bakti kepada masyarakat Rembau melalui tajaan barangan sukan kepada badan-badan di bawah Majlis Belia Daerah Rembau, baru-baru ini.

Perkara tersebut direalisasikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Rembau dan Panitia Agama Islam SK Pilin di SK Pilin, Rembau.

Menurut Pengarah Urban Bash Sports, Fiqri Firdaus, langkah yang diambil oleh syarikat merupakan satu strategi lautan biru di Rembau dalam sektor sukan.

“Inisiatif ini dilakukan sejajar dengan seruan kerajaan secara khususnya Yang Berhormat Menteri Belia & Sukan yang mahu sektor swasta lebih proaktif dalam pembangunan sukan di Malaysia.

Kami melihat kerjasama antara entiti sekolah & majlis belia daerah merupakan strategi jangka panjang dalam membantu pembangunan sukan seterusnya meningkatkan bakat dalam kalangan belia tempatan.

Inisiatif ini bukan bersifat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) semata-mata tetapi dengan perkongsian bijak ini dapat utk menyemarakkan industri sukan di Malaysia melalui beberapa inisiatif yg akan dijalankan bersama.”

Majlis turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Shamsulkahar Haji Mohd Deli dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau, Abdul Rafi Abdul Murad.